sayunya hati ini...
tahun 2010 sepatutnya menjadi tahun yang paling bermakna bagi aryn..
tahun di mana aryn berjaya menempatkan diri di UITM PULAU PINANG....
tahun di mana aryn bergelar MAHASISWI...
tahun di mana aryn dapat membuktikan bahawa aryn BOLEH...
tapi....
tahun ini sesungguhnya menyingkap kesedihan...
kesedihan di mana aryn kehilangan seorang IBU yang telah banyak berkorban untuk aryn dan keluarga....
kesedihan di mana aryn harus menerima hakikat bahawa aryn kini bergelar anak yatim...
kesedihan di mana aryn akan menjalani hidup tanpa kehadirannya lagi...
namun demikian...
aryn bersyukur kerana sebelum arwah menutup mata..
DIA dapat melihat aryn berjaya masuk ke universiti...
sesungguhnya arwah yang telah banyak berjasa dalam hal ini...
aryn berjaya menempatkan diri di universiti kerana arwah...
aryn berterima kasih sangat kepada arwah...
namun ucapan itu tidak sempat aryn lafazkan semasa hayatnya...
aryn cuma berharap aryn tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini...
aryn akan berlajar bersungguh-sungguh..
aryn akan ingat pesan arwah...
insya ALLAH...